Thursday 28 July 2011

Sehari 1Hadis:Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu

Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu

Hadith: 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.
Huraian Hadith: 
1. Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak.
2. Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat. Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ˜glamour' dan sebagainya.
3. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah SWT bukan menjadikan ia semakin jauh dan lalai sehingga melanggar hukum tuhan dan sanggup melakukan kemungkaran seperti keganasan, menipu, mencuri, merampas hak orang dan sebagainya.

Penghormatan Kepada Masjid

Penghormatan Kepada Masjid

Penghormatan Kepada Masjid

Dari Abi Qatadah as-Salmi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk.
Huraian Hadith: 
1. Masjid dan surau adalah tempat yang suci dan mulia yang diberi penghormatan dengan menamakannya Baitullah (rumah Allah).
2. Baitullah yang paling besar dan agung adalah Baitullah al-Haram yang terletak di Makkah al-Mukarramah. Ia merupakan kiblat umat Islam di seluruh dunia.
3. Apabila kita memasuki mana-mana masjid hendaklah kita menunaikan hak masjid terlebih dahulu iaitu dengan mengerjakan sembahyang dua rakaat sebelum duduk.
4. Sembahyang tersebut dinamakan sembahyang Tahyatul masjid. ˜Tahyat' di sini bererti penghormatan iaitu sembahyang yang dikerjakan secara khusus semasa tiba di masjid. Hukumnya adalah sunat
(Riwayat Bukhrai)